Rabu, 12 Januari 2011

Statement si Luncai ni aku nak tepis

Mari kita tengok apa pencacai umngok ni cakap ;


1. NUAR BRAHIM TAK TAU MENAU TENTANG EKONOMI. SEBAB ITU MASA JADI MENTERI DIA LANTIK YAHUDI JADI PENASIHAT.

2. NUAR BRAHIM PERLUKAN GELANGGANG TEMPAT DIA NAK TABUR JANJI. DIA APA PEDULI BERJANJI, BUKAN DIA TAKUT BERDOSA PUN. MELIWAT LAGI DIA SANGGUP.

3. NUAR BRAHIM NAK TUNJUKKAN KEPADA SELURUH PENGUNDI BAHAWA DIA SANGAT PRIHATIN DAN AMAT MENGAMBIL BERAT TENTANG KEBAJIKAN RAKYAT. PIGI RAHH..

4. NUAR BRAHIM NAK GUNAKAN PELUANG ITU UNTUK TUNJUK WARAQ DIA. DIA AKAN GUNA AYAT AL QURAN/ AL HADIS. JADI DIA HARAP ORANG AKAN KATA " TAK MUNGKIN NUAR BRAHIM JAHAT. TENGOK DIA JENIS YANG TAHU AGAMA.

5. NUAR BRAHIM AKAN GUNA PELUANG INI UNTUK SEBUT BENDA BENDA YANG MEMANG RAKYAT TAK SERONOK. HARGA BARANG NAIK, MINYAK NAIK. DIA AKAN KATA KALAU PAKATAN TERPILIH
' ESOK JUGA' HARGA MINYAK DAN BARANG LAIN AKAN TURUN.


Mari kita tengok siapa yang kena ;

1. Kalau Anwar tahu apa-apa, kenapa pak Be eNd hang, Najib senyap? Nak cakap pasal Israel? pi tanya pak Be eNd yang dok jilat jilat tu apa dia komplot dengan APCO? Takpun hang pi tanya Bini Najib tu tahu tak bezakan fesyen yahudi dengan ISLAM!

2. Hang pi suruh si KJ tunaikan dulu janji kat Rembau nun, rakyat dah bising bising tu. Seperti biasa dasar pancacai umngok, yang tak sahih buktinya difitnah fitnah. Yang bukti ada depan dok pi bela.

3. Sebagai pemimpin memang perlu sikap prihatin yang jauh lebih baik dari dok joli joli duit rakyat, tak tau malu.

4. Hang sapa nak judge pasal agama? solat ada penuh? hang tahu tak minum arak itu haram, dosa. fikir fikirkan dan selamat beramal.

5. Pak Najib hang ada cakap nak turunkan harga? Harga bawang pun nak makan duit rakyat. itu pasal ramai pengundi lari, silap silap hangpa pon undi PR nanti.

Hadiah Piala AFF Suzuki, RM65,000 seorang

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Indonesian Hamka Hamzah (L) with Malaysian Mohamad Safee (R) AFF Suzuki Cup 2010
Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri menteri-menteri kabinet, Najib berkata imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara.

Katanya Kementerian Belia dan Sukan akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain.

Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung kalinya dengan menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 di sini dan kalah 2-1 di Jakarta.

sumber : MalaysiaKini

PFM:RM50,000 dalam bentuk ASW2020, ada bagus sebab jangka hayat pemain bola profesional tidak lama. Boleh lah buat sara hidup selepas pencen main bola nanti. Kepada pemain bola yang akan menerima isentif ini jangan lupa diri pula!

Diana Danielle bergambar pakai bra


Apa nak jadi dengan artis zaman sekarang? Jika sebelum heboh dengan Fasha Sanda kini aksi terbaru Diana Danielle bergambar dengan hanya memakai bra. Di manakah moraliti artis artis negara kita yang sepatutnya menjadi idola dan contoh kepada masyarakat. Apa kata dan tindakan Rais Yatim?

sumber gambar : Blog-list Malaysia

Selasa, 11 Januari 2011

Isu ADUN Selangor umum letak jawatan telah dinafi oleh PKR


PKR menafikan dakwaan bahawa ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei akan meletakkan jawatan atau melompat parti.

Naib Ketua PKR Kota Raja Kamarudzaman Sanusi berkata, SMS yang disebarkan pagi ini berhubung perkara itu adalah "palsu dan berniat jahat".

"Saya hendak sebut dengan jelas, SMS itu palsu, berniat jahat dan dilakukan musuh politik yang tertentu dan berkepentingan," katanya dalam sidang media di pejabat Shuhaimi di Kota Kemuning, Shah Alam.

Sebelum ini, ura-ura bahawa Shuhaimi akan melompat parti atau meninggalkan PKR bertiup kencang. Panggilan telefon serta sms yang dihantar juga tidak berjawap menguatkan lagi khabar angin itu.


Bukan itu saja, perkara itu mustahil dan "apa yang dikejar itu tak betul".

Shuhaimi bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media itu.

NONEMenurut Kamarudzaman, Shuhaimi tidak hadir menafikan sendiri kerana sedang menghadiri sebuah mesyuarat pagi ini.

Sehubungan itu, Kamarudzaman berkata, pihaknya menimbang membuat laporan polis berhubung penyebaran itu hari ini.

"Kita pertimbangkan buat laporan. Kesian pada wartawanlah, penat bekerja," katanya.

Ditanya sama ada beliau menuduh Umno di belakang desas-desus itu, beliau hanya menjawab: "Terlalu banyak musuh di luar."

Diminta menjelaskan kenapa Shuhaimi tidak tampil menafikan sendiri khabar angin itu, Kamarudzaman berkata itu pihaknya bersangka baik ADUN muda itu mempunyai jadual yang ketat.

Kamarudzaman juga memberitahu, Shuhaimi akan hadir mengikuti perhimpunan memberi sokongan pada Menteri Besar dalam isu pelantikan setiausaha kerjaan (SUK) di Shah Alam petang ini.

"Selepas itu beliau akan memberikan kenyataan kepada polis," kata Kamarudzaman.

Sementara itu, menurut seorang sumber yang dekat dengan ADUN tersebut ketika dihubungi hari ini, semua program Shuhaimi kini dibekukan buat sementara waktu.

Difahamkan, langkah itu adalah bagi memastikan keselamatan ADUN berkenaan.

Shuhaimi bagaimanapun tetap akan hadir untuk diambil keterangan oleh polis di Bangunan SUK petang ini, menurut sumber berkenaan.

NONETerdapat pelbagai versi mengenai siasatan polis itu. Ada yang mengaitkan dengan rumahnya yang disimbah dengan cat merah 7 Januari lalu.

Ada juga yang mengaitkannya dengan tulisan Shuhaimi di blog berhubung isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru yang didakwa sesetengah pihak, khususnya dari Umno bahawa ADUN Sri Muda itu menghina Raja-raja Melayu.

Khabar angin Adun Selangor akan letak jawatan

Seorang Adun Selangor yang menjadi perhatian dan sasaran golongan redikal dua tiga hari lepas katanya akan membuat kejutan pagi ini dengan mengumumkan perletakan jawatan. Belum dipastikan apakah Adun itu akan melepaskan kerusi yang disandang kini ataupun jawatan dalam kerajaan dan parti.

Katanya pengumuman akan dibuat pagi ini di pejabatnya di Shah Alam.

Sekiranya benar berlaku perletakkan jawatan Adun berkenaan ia akan membuka satu lagi polemik dalam politik Selangor. Peristiwa itu akan dipergunakan oleh UBN untuk terus menyerang Pakatan Rakyat.

Apakah ini sebahagian lagi daripada episod pihak tertentu yang hendak menggoncangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

Ahli MCA bersuara tidak puas hati dengan azan

Seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam. Nama cina MCA dari parti sekutu rapat UMNO-BN tersebut ialah NG KIAN NAM yang beralamat di No. 1-21-4, Phase 2, Pantai Hill Park, Pantai Dalam, 59600 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui HP: 012-6973840 dan email: wu_jiannan79@yahoo.com

Beliau telah menulis surat kepada PM Najib, Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz dan Koh Tsu Koon pada 20 Dis 2010 yang lalu dan telahpun dihantar melalui fax dan email.

Kalau dulu MP Kepong (DAP), Dr Tan Seng Giaw pernah dihentam teruk oleh penyokong-penyokong UMNO-BN kerana membangkitkan isu azan di Taman Putera, Jinjang Utara dan sekarang ini saya nak tengok adakah penyokong-penyokong UMNO-BN juga akan melakukan perkara yang sama terhadap ahli MCA selaku sekutu rapat UMNO-BN. UMNO jangan hanya berani pada DAP!... tapi takut pada MCA.

Di bawah ini adalah salinan surat dari peguam/ahli MCA berkenaan.








PFM : Apakah tindakan UMNO terhadap aduan ahli MCA ini?