Rabu, 12 Januari 2011

Hadiah Piala AFF Suzuki, RM65,000 seorang

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Indonesian Hamka Hamzah (L) with Malaysian Mohamad Safee (R) AFF Suzuki Cup 2010
Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri menteri-menteri kabinet, Najib berkata imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara.

Katanya Kementerian Belia dan Sukan akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain.

Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung kalinya dengan menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 di sini dan kalah 2-1 di Jakarta.

sumber : MalaysiaKini

PFM:RM50,000 dalam bentuk ASW2020, ada bagus sebab jangka hayat pemain bola profesional tidak lama. Boleh lah buat sara hidup selepas pencen main bola nanti. Kepada pemain bola yang akan menerima isentif ini jangan lupa diri pula!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakyat Malaysia berakal, komen membina.